Thursday, December 1, 2011

REALITI BERCINTA . . . . .

cerita pasal jodoh kawin, memang seronok...  semua orang nak kawin .. aku pown nak kawin .. kat bawah adalah perkara standard dalam bercinta sehinnga nak kawin dan juga kos yang terlibat . Selami dan fikir kanlah .. .. ..  ~ ~ ~ * info ni aku baca lama dah , tapi aku tak ingat dari mana aku baca , tapi aku dah copy , so alang alang dah ada , tak salah aku share kan .. aku just edit mana yang patut diedit . . apapun enjoy ~ ~ ~ *


Langkah 1 
berjumpa ----> jatuh hati ----> mengorat
kos:
1. bunga 3 kuntum (RM 15.00)
2. surat: kertas A4, sampul, setem / upah pos budak hantar (RM 2.00)
Jumlah RM 17.00. ok.

Langkah 2
mengorat ----> bergayut (handphone) ----> bagi bunga, ajak makan, tengok wayang, berjalan2, shopping
kos:
1. bil h/phone : RM 10/sehari (top-up)... sebulan RM 300
2. bunga: RM 15/ seminggu (ahad saje pegi date)... sebulan RM 60
3. makan 2 orang (takkan 3 org plak): RM 50/seminggu (kira makan sedap tu macm KFC, McD, Burger King dll tempat yg berair-cond, takkan gerai tepi jalan yg x standard)... sebulan RM 200
4. tengok wayang: RM 20 (2 orang) + RM 20 (popcorn / jajan)...sebulan 2x, RM 80
5. berjalan-jalan, duit minyak @ duit tambang: RM 10 - 30
6. shopping: wallahualam, kalau boleh dijauhkan ataupun standby je RM 100 lg dalam poket.
Jumlah: dalam lingkungan RM 800 sebulan. ok ker tidak ni....(gigil jgak beb), sbb itu org tua kata jgn tunggu lama-lama... cepat-cepat ler kahwin...

Langkah 3
merisik ----> bertunang ----> berkahwin
kos:
1. hantaran 7 dulang, RM 50 x 7 = RM 350 , 2x = RM 700
2. cincin merisik = RM 200, cincin tunang = RM 500, cincin perkahwinan = RM 1,000
3. duit maskawin = RM 82, duit nikah kahwin = RM 150, duit kursus = RM 80
4. duit hantaran terkini RM 8,000 - RM 10,000 (kiter kene paham, harga barang dah naik)
5. duit kenduri sebelah lelaki RM 7,000 (itupun kalau gotong royong org kampung)
6.karaoke @ kugiran: RM 500 ~ RM 1,000
7. mak andam, set pelamin dsb.nya: RM 3,000
jumlah kasar: RM 25,000 ~ 30,000 (itu kira dah bajet tu...)

Hutang PTPTN hampa jangan lupa pulak haha !! , oleh itu, blajar le rajin2, kerja cari duit simpan bebanyak, kemudian baru cari awek, jodoh tuhan dah tentukan, mengapa kiter perlu risau... aku jua turut memberi ingatan pada diriku dan juga utk korang suma....
alangkah baiknya, klau langkah no. 2 tu korang praktikkan pd mak ayah kiter yg membesarkan kiter dari lahir sampai dapat mengenal dunia ni... isk..isk..isk..
FIKIR FIKIR KAN LAH ..

hargailah cinta anda


Read more...

INFO TENTANG LELAKI

AKU NAK SHARE SATU INFO , PADA YANG TAK TAW , BOLEH BACA FAKTA MENGENAI LELAKI . AWEK AWEK DI LUAR SANA PERLU AMEK TAW SERBA SEDIKIT TENTANG LELAKI , INGAT LAKI TAK BAGUIH KAA , HATI DAN PERASAAN KAMI POWN HAMPA KENA JAGA JUGAK .. SO ENJOY :-


wahai wanita bacalah , cuba untuk memahami lelaki  




1) Kebiasaan lelaki terpikat pada seorang wanita bukan atas sebab cantik , tapi atas sebab personaliti dan keterampilan yang ditonjolkan 

2) Lelaki memang benci apabila ada lelaki lain yang cuba berhubung atau cuba mengoda kekasih mereka 

3) Soalan yang paling kerap ditanya oleh seorang lelaki kepada wanita ketika menelefon adalah " awak tengah buat apa ? @ awak dah makan ? "

4) Walaupun lelaki sibuk dengan hal @ pekerjaan sepanjang hari , tapi pada waktu malam sebelum diorang tidow , mereka pasti akan memikirkan mengenai wanita yang mereka sayang dan cinta

5) Semua perwatakan @ karakter negatif pada wanita akan diabaikan jika mereka benar benar sayang wanita tersebut

6) Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan jika seseorang wanita merenung mereka

7) Lelaki sanggup melakukan apa sahaja demi untuk mendapat perhatian dari seseorang wanita yang diorang suka

8) Lelaki amat benci jika kekasihnya menceritakan mengenai EX nya 

9) Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit kemudian terus melupakannya 

10) Jika lelaki ingin berjumpa dengan ibu bapa kekasihnya , itu menunjukkan yang dya benar benar serius !

11) lelaki juga akan menangis

12) lelaki akan berusaha untuk memikat perempuan yang menolak cintanya kerana lelaki sukar untuk menerima kegagalan

13) lelaki akan membuat seribu satu andaian jika kekasihnya menghantar mesej tergantung " ada samtink nak gtaw ni , tp .. laen kali lah " demi untuk mendapatkan jawapan

14) lelaki akan lebih teruja jika mendapat sentuhan yang tidak diduga

15) Bila lelaki berhadapan dengan wanita yang dya suka , dya akan gagap !

16) Bila wanita katakan TIDAK , lelaki akan nyatakan OK , dan ia akan cuba lagi nanti 

17) lelaki memang sayang ibunya ! 

18) Untuk memberikan wanita beberapa kumtum bunga ros , diorang sanggup korbankan makan lunch diorang !

19) Lelaki amat sukar untuk difahami melaenkan ada pendengar yang setia

20) Kepada wanita , better anda menguji dulu lelaki before anda mempercayainya tetapi pastikan jangan terlalu lama

21) lelaki lebih ' open minded ' untuk berkongsi masalah peribadinya

22) Lelaki tidak suka kekasih mereka berhubung atau ada hubungan dengan orang lain terutama kawan lelaki

23) Lelaki amat suka jika wanita yang tentukan pemakaian mereka

24) Jika lelaki membeli hadiah untuk diberi kepada kekasihnya , dya pasti akan fikir sama ada kekasihnya suka ataw tidak dengan hadiah tersebut

25) lelaki suka berfikir dan imaginasi mereka tiada had , diorang mampu imaginasi apa sahaja !

26) lelaki amat pentingkan berat seorang wanita berbanding tinggi

27) Lelaki amat sukar untuk melepaskan kekasihnya jika mereka telah bercinta melebihi 3 tahun

28) Lelaki benci wanita yang materialistik

29) lelaki mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi sokongan yang kuat dari kekasihnya amat diperlukan

30) Berikan perhatian jika lelaki menceritakan sesuatu yang serius ! ini amat penting !

31) Wanita yang pandai memasak adalah kriteria yang amat diminati lelaki

32) lelaki akan berusaha memalukan anda jika anda sombong dengannya 

33) Lelaki belajar mengenai alam percintaan melalui pengalaman yang dilalui , bukan seperti wanita yang belajar melalui novel yang dibaca

34) Lelaki memang tidak suka jika kekasihnya keluar berdua dengan lelaki lain even sebagai kawan biasa

35) Lelaki tidak suka wanita yang terlalu gedik atau terlalu ngada ngada

36) Lelaki akan memaafkan kesalahan pertama , tetapi tidak pada kesalahan yang kedua 





Read more...

Wednesday, November 30, 2011

ada jugak perempuan macam nie .. aduss .. ehem2

peristiwa yang berlaku 5 bulan lepas maseh menghantui diri aku di mana aku diperdaya oleh seorang perempuan yang aku kenali kt facebook . Begini ceritannya , waktu tu aku tengah praktikal , masa tu dekat dekat nak abeh praktikal dah , masa tu jugaklah aku tengah krisis dengan bekas kekasih aku , so nak dijadikan cerita , ,


6.00 PM
Masa tu aku baru abeh kerja , sampai ja rumah trus on9 , aku tengok notification then tak lama lepas tuu ada gurl chat aku , aku ta kenai , nama nya terpaksa dirahsiakan .. aku pun layan , maklumlah masa tu tengah tension putus dengan bekas kekasih  , so kami borak borak , dya ni manja , pandai layan , so memang tak dinafikan aku dah mula cair dengan dya , then ari tu jugak aku dapat num dya , tengok betapa mudahnya tp dya mintak , aku gitaw dya knp mtk num terlalu awai , dya gitaw aku , " saya dah jumpa pengubat hati saya , peneman saya , so watpe saya nak chat awak dalam fb , better saya kontet awak dalam phone " . So aku diam jela ( sambil sengeh sengeh ) . Ohh lupa nak gtawu , dya ni muda stahun dari aku , budak pantai timur .

Start malam tuu kami msg , dya pon slalu kol aku , memang tak dinafikan aku dah mula tangkap cink ngan dya , so malam tuu jugak dya panggil ak " sayang " .. waa bertambah cink aku !! aku pun layan .. sapa tak tolak rezeki ooiiiii .. awek tuu .. so kami msg , kol sampai sebulan lebeh , cuma jumpa ja tak boleh , jauh kot , UTARA ngn PANTAI TIMUR .. dya mmg baik , jaga aku , tiap malam kol aku , pernah sekali aku terasa  dengan dya , aku merajuk , dya pujuk aku sampai nanges .. pergh ! bertambah cink laa aku time tuuhh !dya gtaw aku dya kena tinggal oleh pakwe dya , dya sedeh , takda sapa , so dya nak aku jadi teman idup dya , aku onn jaa , janji baik , setakat jauh tu aku tak kisahlaa ..

Oke sambung lagi , masa tu dah sminggu aku masuk poli , so malam tu aku p men futsal dengan kawan aku , nak dijadikan cerita ,lepas saja men futsal , dok lepak lepak kt tepi kort ngn kawan aku , dya kol , aku angkat , pastu abeh ja cakap , depa tanya " sapa awek hang abu " .. aku diam .. satgi p makan kt Subaidah baru aku gitaw , dekat subaidah nii , sambil minum2 lepas men futsal , aku tunjuk gambar perempuan tuu , depa terkejut ! aku lagi terkejut ! aku tanya pasaipa ? depa kata " abeh la abu , hang tangkap cink awai sangat , hang dah kena tipu " . aku tak paham apa yang berlaku , depa cita kat aku , apa yang depa cita sama  macam mana aku kenai dya kt fb , 3 orang cita benda yang sama , depa siap ada num dya lagi , siap ada msg lagi , dya dok wat tacink kawan kawan aku plak .. aku cam tak percaya dengan apa yang terjadi , aku nak makan pown tak lalu time tuu . betapa keciknya ati ni bila dtipu . . .

Waktu tuu jugak aku send mesej dan dedahkan apa yang terjadi , aku tanya pasaipa dya wat macam nie , apa motif dya wat camni , yang aku tak tahan , balak betoi dya budak poli aku ! ! sama jabatan dengan aku .. kawan aku cita kat aku .. aku nak taw cerita sebenaq , pas tu dya tak reply , dya off nset , aku kol tak angkat , last aku hantar msg berunsur nasihat kat dya , nak maki tak gamak sebab silap aku jugak tangkap cink awai sangat . so malam tu jugak aku tinggalkan dya , malam tu jugak aku delete num dya , tp malam tu jugak aku tgok dya dh tak da dlm fren list aku d fb , dya removed aku , siap tukaq nama cukop , takot aku post kt wall dya lah tuu . . biarkan saja , semoga dya sedar dan bahagya dengan kehidupan dya. sejak dari tuu aku mula lebih berhati hati . Aku kecewa pabila diperlakukan begini , dahla awek tinggai , kena tipu ngan awek laen plak tu ! selamat member aku sedarkan aku awai , law tak , hangit laa aku , skarang kalaw aku lepak dengan mmber aku yg sedarkan aku malam tuu , msti depa perli , =) biasalah kawan kawan , tak kisah . so pesanan aku , hati hati bila dapat kenalan di fb .. selidik dulu latar belakang .. pikirlah sedalam dalamnya . . . . .


aku redha dengan apa yang menimpa diriku . .


Read more...

Dok Taram Lama Dah . . .

aku memamg impikan untuk memiliki sebijik gitar elektrik , da lama aku taram gitar ni , 
aku harap satu ari nanti aku dapat memilikinya jugak
brand Schecter ~ semart OOOO

Schecter
Semart koowwtt . . . 
yang ni memang aku berkenan gila , SYNYSTER GATES punya gitar .. dapat ni memang  best arr ... limited  !

GERAM AIH TENGOK ! ! ! 
















Read more...

Tuesday, November 29, 2011

Welcome My New Home . . . . . .

Yess !!! akhirnya dapat jugak rumah ! alhamdulillah .... memang gembira bila tuan rumah kol cakap ' ON ' .. haha ! aku puwn tataw nak post apa , hanya Tuhan yang tahu betapa gembiranya hati ini . . . 

Rumah yang dimaksudkan tapi kereta tu bukan kami punya oke .. gambar hiasan .. bagi nampak cm loded skit .. haha !

Read more...